Pages

Sponsored

Friday, November 7, 2014

Perjumpaan Reseller Kelantan

Bersama Bos Besar Bisneseload, Tuan Mohd Afif dan Reseller Kelantan, Tuan Arif.

Sembang strategi mengembangkan bisnes prepaid easy-reload ke tahap lebih tinggi.

Terselit juga kepentingan redha ibu bapa dalam perkembangan bisnes. Alhamdulillah.....

Pekena Sup Belut dulu.
Nyum3..... <3

Like us on FB : www.facebook.com/budaktopup

Blog : www.budaktopup.blogspot.com

Nak jadi agen topup, Hubungi : 017-9784787

#bisnesbudakuniversiti #bisnestopup #easyreload #celcom #maxis #digi #tunetalk #xox #umobile

Wednesday, October 22, 2014

Agen Topup Klang, Selangor

Alhamdulillah, seorang lagi Agen Topup baru sahaja mendaftar masuk ke dalam keluarga Budak Topup.

Selamat datang pada Encik Muhd Khairul Anwar 013-279xxxx dari Klang, Selangor.

Kami di Budak Topup sedia bantu jika ada kurang faham dalam bisnes topup ini.

Ahlan Wasahlan <3

Blog : www.budaktopup.blogspot.com
Sms/whatsapp : 017-9784787

Wednesday, March 12, 2014

Teknik Tukar Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) Menjadi Lebih Bernilai


Siapa kat sini dah dapat Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M)?

Tak tahu nak buat apa dengan baucer tu?

Haaa, meh saya pecahkan rahsia yang tersimpan rapi selama 2 tahun semasa masih belajar di Kolej Profesional Mara Seri Iskandar, Perak (bagi femes nama kolej jap. Hehe =P).  

 Jangan RISAU, teknik ini tidak melanggar undang-undang Kerajaan Malaysia. Anda bebas untuk guna atau abaikan teknik ini.

Kalau ada yang terfikir nak tukar BB1M tu dengan TUNAI dengan segera, bagi saya, tindakan itu agak kurang cerdik. Ye la. Kerajaan bagi RM250 tapi ada yang nak tukar TUNAI dapat RM200 je. Kenapa tak fikirkan cara untuk tukar BB1M RM250 tu jadi RM300 ke, RM600 ke, lagi elok kan? Ke korang rasa macamana? Haaaa….

Walaubagaimanapun, mungkin cara ini tidak sesuai bagi sesetengah orang, tapi bagi saya sendiri, dah beruntung kali ganda selepas guna teknik-teknik ini. Okeh, jangan buang masa, jom baca. =)

1)      Beli CD Kosong banyak-banyak
i) Ok, cara ini sesuai untuk golongan student yang guna CD untuk dorang punya subjek/course. Kadang-kadang CD kosong ni punyalah susah nak cari kalau yang duk hostel tu. Jadi ambil kesempatan ini, jual CD kosong kat member-member. Di samping korang dapat untung hasil jualan CD kosong ni, korang juga dapat PAHALA kerana memberi kemudahan pada orang lain. Haaaa..2 in 1 tu..best tak? =)

Cuba cari kedai yang kos 1 CD kosong tu dalam 40sen-50sen je. Kemudian korang boleh jual 1keping CD = RM1. Itu yang CD-R biasa. Kalau yang CD-RW tu, korang boleh jual RM1.50. Haaa, jangan lupa, sarung CD sekali. Nanti bogel pulak CD tu. Murah je sarung CD tu, cari tempat yg boleh dapt harga 0.08sen je 1keping. Pastu bagi FREE kat sape-sape yang beli CD daripada korang. Alah, jangan berkira setakat 8sen tu. Banyak dah untung. Okeh, jom kira berapa untung kasar yang korang boleh dapat.

CD-R : Untung 50sen. Darab dengan 100 keping yang terjual = Dapat RM50. Kaaching! (haip, bukan bizkaaching tau, hehe =P)

CD-RW : Untung RM1.00. Darab dengan 100 keping yang terjual = RM100. Kaaching!
Ha, yang ini hanya perlu guna RM50 je Baucer korang tu. Tapi korang boleh dapat lagi banyak, berganda-ganda lagi. Ok, Next!


ii)                Jual CD Komplikasi Assignment korang
Okeh, mungkin yang ni ada yang tak setuju tapi bergantung pada masing-masing la kan. Hehe =P.
Jika korang ni adalah student yang memang gempak dalam membuat assignment, korang boleh buat dan ikut cara ini. Kalau yang stail pemalas buat assignment, pastu duk kopi pest u, tak payah la, buat malu je nanti hehe. Korang boleh compile assignment korang untuk setiap semester ataupun bagi yang nak grad tu, boleh la compile semua dalam 1 CD. 

Fuhh, kalau korang ni memang tip-top dalam buat assignment, lecturer lak sebelah mata je bagi markah tinggi kat korang, korang boleh la letak harga tinggi. Berbaloi la hasil usaha penat lelah korang, ye tak?

Korang boleh lah letak untuk 1 semester dalam 1 CD = RM10.
Bayangkan kalau korang ada 7 semester, jadi = RM70.

Kemudian darab la dengan berapa orang junior yang jadi target korang. Contoh 10 orang la paling kurang. So, RM10 satu semester X 10 orang = RM100. Wow!

Modal CD kosong 50sen je.
Kalau komplikasi 7 semester, RM70 X 10 orang = RM700.
Best tak? =)

(Nanti kira sdiri brapa kos korang =))


Nanti mesti ada kawan-kawan atau lecturer yang bising, tapi tak salah bantu orang lain kan? Sebelum korang serahkan CD tu, pesan elok-elok kat junior korang tu, jangan terus kopipes. Just buat untuk rujukan, dan tengok camne cara  buat assignment yg HEBAT (lubang hidung jangan lupa tutup hehe =P). Ok, next!

2)      Beli jajan banyak-banyak kemudian jual kat member
Haaa, yang ini sesuai kalau kat kedai runcit je. Korang beli la secara borong dan nanti jual kat kawan-kawan yang study buat assignment malam-malam. Bila berjaga malam ni, perut mudah lapar, jadi ambil peluang ni, korang offer jajan yang korang borong tu. Tapi tengok jenis jajan jugak, cari la jajan yang tak bahaya untuk kesihatan. Beli la keropok pisang ke, maruku ke, jangan beli rokok pulak. HARAM! Hehe =P

Jajan biasa kos 50sen, tapi boleh jual RM1.00 atau RM1.20. Biasanya Maggi Kari. Tapi tak elok Maggi ni sebab boleh gugur rambut kalau korang selalu makan. Cuba cari yang Maggi Halal Muslim punya.

Kalau korang duk hostel mahsyuk wohh.
Katakan sehari terjual 10 jajan. Untung setiap jajan 50sen.
10 jajan X 50 sen = RM5.00 (Ok la boleh cover duit makan tapi saya xsuka sebab cara ni lambat dapat untung).

Tapi kalau korang ni memang tokei makanan kat bilik hostel tu, boleh pusing modal banyak kali ngn cara ni, kalau kena gaya boleh dapat paling kurang RM10 sehari.
Kalau RM10 sehari X 30 hari = RM300 untung sebulan.
Kalau RM5 sehari X 30 hari = RM150 untung sebulan. Still mahsyuk huhui. =)

Ok bersambung lain kali pula…penat menaip dah..hehe…..

Pssttt…sementara tunggu teknik lain, ini ada panduan PERCUMA untuk anda! Terus download di sini : http://goo.gl/zS5ho

Sponsored